0

Oleh Jamaludin Roslan

Obesiti adalah keadaan seseorang individu itu apabila mempunyai berat badan berlebihan, iaitu sebanyak 45.5kg daripada berat badan sihat, dan indeks jisim tubuh melebihi 40kg. Dalam bahasa mudahnya, masyarakat hari ini lebih mengenali Obesiti ini sebagai kegemukan.

Kini, ia merupakan penyakit yang sangat kronik dan popular dalam kalangan masyarakat dunia. Lebih menakutkan, gejala obesiti ini sudah tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia.

Bagaimanapun, apa yang menyedihkan, ramai yang menganggapnya sebagai masalah remeh dan tidak penting. Hakikatnya, obesiti mampu mengundang pelbagai penyakit kepada tubuh badan yang akan memberi pelbagai kesan negatif terhadap kehidupan harian mereka.

Obesiti ini boleh dihidapi semua peringkat usia, bermula seawal kanak-kanak hingga dewasa. Beberapa faktor menjadi punca kepada wujudnya gejala ini dalam kalangan masyarakat kita. Antaranya:

  1. Umur: Semakin meningkat usia, maka kadar metabolisma akan menurun dan berat badan seseorang akan bertambah.
  2. Jantina: Kaum wanita paling berisiko tinggi mengalami obesiti berbanding lelaki. Ini kerana ketika usia makin meningkat kadar metabolisma wanita akan menurun dan ia semakin bermasalah apabila mencapai tahap menopause.
  3. Keturunan: Sekiranya ada antara anggota keluarga yang mempunyai masalah obesiti, kemungkinan besar keturunan seterusnya akan mewarisi masalah sama.
  4. Psikologi: Apabila tahap emosi tidak seimbang, terganggu atau menghadapi tekanan berat, ia akan mendorong individu terlibat mengambil makanan secara berlebihan bagi menghilangkan masalah dihadapi.
  5. Penyakit: Ramai yang tidak sedar bahawa obesiti boleh berlaku kepada pesakit yang menghidap penyakit Hypothyroidism, kemurungan atau pada bahagian otak, yang boleh menyebabkan mereka makan berlebihan sehingga naik berat badan.

Gejala obesiti mampu memberi kesan negatif terhadap kesihatan seseorang individu, tanpa disedari. Antaranya adalah penyakit yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi dan pernyakit jantung.

Selain itu, obesiti ini juga boleh menyebabkan berlakunya tekanan kepada saluran pernafasan seseorang individu, khususnya ketika bebaring. Ini akan menimbulkan masalah sesak nafas ketika tidur. Ia juga boleh memberi kesan kepada masalah kelamin individu terlibat.

Masalah Kandungan

Wanita yang mengalami obesiti pula akan menghadapi masalah dengan kandungan yang tidak terancang.

Ramai masyarakat tidak menyedari bahawa obesiti juga boleh berlaku ketika seawal usia kanak-kanak. Ia akan memberi masalah kesihatan dan kesan psikologi kepada kanak-kanak terlibat khususnya pelajar sekolah. Kanak-kanak obes akan mudah didiskriminasi dan diejek rakan-rakan sebaya mereka di sekolah.

Akibatnya, mereka akan kehilangan keyakinan diri dan pastinya ini akan mempengaruhi tahap kepuasan hidup mereka, apatah lagi sekiranya gejala ini terus dihidapi mereka hingga dewasa.

Penanan Ibu Bapa

Ibu bapa perlu memantau dan menjaga corak pemakanan harian anak-anak mereka. Ia harus dimulakan dengan memberi makanan berkhasiat sejak awal usia serta mendedahkan ilmu pengetahuan akan kesan-kesan pengambilan makanan yang tidak sihat kepada anak-anak.

Masyarakat hari ini perlu mengubah cara hidup tidak sihat kepada yang lebih sihat dalam kehidupan seharian khususnya menerusi penjagaan pemakanan dan mewujudkan jadual pemakanan yang teratur dalam kehidupan seharian.

Selain itu, aktiviti sukan wajib dilaksana setiap individu agar tahap kesihatan badan sentiasa terjaga. Masalah tekanan dan emosi yang dihadapi, perlu ditangani secara sihat menerusi aktiviti riadah dan berjumpa dengan rakan-rakan untuk bertukar pendapat serta cerita.

Secara ringkasnya, masyarakat perlu lebih peka dan memandang obesiti sebagai penyakit atau masalah yang lebih serius serta boleh memberi kemudaratan kepada kita.

Atas dasar kesedaran itu, kempen Jom Kurus Sekolah 2019 dilaksanakan sebagai antara platform alternatif yang akan menyampaikan info-info kesihatan dan tips penjagaan kesihatan kepada masyarakat umum, dimulakan dengan generasi anak-anak muda pada peringkat sekolah menerusi warga pendidik terlibat.

Besar harapan tim kami, moga kempen seperti ini akan berterusan dan menjadi antara pemangkin aktiviti akar umbi untuk program-program kesihatan lain pada masa akan datang.

Kevin Zahri

Kevin Zahri

Salam & Hello, My name is Kevin Zahri or affectionately known as Cikgu Fitness Malaysia. I am a passionate father of two amazing kids and am fighting for a healthier and fitter Malaysia.

Leave a Reply