0

Great news!

Tour #1 bersama 5000 Sekolah, Kevin Zahri dan para sukarelawan Jom Kurus Sekolah akan berlangsung dari 17 Ogos sehingga 14 September 2019 di 19 lokasi seluruh Malaysia.

Objektif tour percuma ini adalah untuk:

  • Memperkenalkan kempen (5 tahun) Jom Kurus Sekolah.
  • Pelbagai sessi senaman, fitness games and cabaran bersama.
  • Sessi train of trainer untuk wakil sekolah.
  • Q&A untuk bincangkan pelbagai soalan berkenaan masalah obesiti bersama Kevin Zahri.

Siapa yang boleh sertai tour ini?

Sessi ini khas buat wakil-wakil sekolah berdaftar Jom Kurus Sekolah dan mungkin terdiri daripada cikgu, wakil PIBG, wakil Kelab Doktor Muda dan pemimpin pelajar.

  • Jumlah wakil setiap sekolah bergantung kepada kapasiti dewan.
  • Penyertaan wakil sekolah adalah percuma.
  • Penyertaan bukan sekolah (public) bergantung kepada kapasiti dewan. Pendahuluan akan diberikan kepada wakil sekolah.

Proses Pendaftaran?

Pendaftaran wakil sekolah akan bermula dengan rasmi pada 1hb Ogos 2019. Email invite akan dikirim kepada semua sekolah yang berdaftar dengan kempen Jom Kurus sekolah nanti.

Jadi pastikan sekolah anda telah didaftarkan.

Soalan lain?

Ingin menjadi penaja lokasi atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Chief Volunteer Sha di 012 350 4844.‬

Kevin Zahri

Kevin Zahri

Salam & Hello, My name is Kevin Zahri or affectionately known as Cikgu Fitness Malaysia. I am a passionate father of two amazing kids and am fighting for a healthier and fitter Malaysia.

Leave a Reply