Selari dengan tour seminar Jom Kurus Sekolah bersama saya sepanjang Aug-Sept 2019 ini, kami ingin menjemput para sekolah-sekolah untuk anjurkan cabaran Jom Kurus Sekolah musim #1 serentak bersama ribuan sekolah seluruh Malaysia pada Ogos – September 2019 ini.
Jadi walaupun saya tidak dapat berjumpa dengan setiap 5,000 sekolah pada musim pertama ini, kehangatan dan ukhwah usaha kita untuk membanteras obesiti dapat dirasai bersama.
Siapa yang boleh join?
Cabaran Jom Kurus Sekolah ini khas buat pelajar, cikgu, warga sekolah termasuk PIBG untuk sama-sama menanangi masalah obesiti di komuniti sekolah.
Penting: Tujuan cabaran ini bukan lah untuk kurangkan berat badan pelajar yang masih membesar tapi untuk galakkan gaya hidup sihat, tanam ilmu pemakanan.
Ia 100% Percuma.
Bagaimana untuk bermula?
Wakil sekolah yang berdaftar hanya perlu ikut langkah-langkah mudah di cabaranjomkurus.com/sekolah untuk mulakan program 6 minggu di sekolah masing-masing.
Wakil sekolah tidak perlu daftar sekali lagi. Hanya perlu ikut langkah-langkah laman web di atas.
Bilakah cabaran 6 minggu ini patut bermula?
Program awam, Cabaran Jom Kurus musim 13, akan bermula serentak pada 3 Ogos – 14 September. Sekolah boleh gunakan tarikh tersebut sebagai panduan tapi boleh pilih tarikh atau jadual 6 minggu yang tersendiri.
Apakah sokongan yang kami berikan?
Sepanjang cabaran 6 minggu, kami akan menyokong usaha anda melalui:
- Jom Kurus Sekolah Telegram Support Group
- Seminar Tour bersama Kevin Zahri
- Panduan eBook Percuma
- Online 1:1 Chat Support untuk pelajar, ibu bapa atau cikgu sekolah yang perlukan bimbingan yang lebih personal.
- Visual/Marketing material yang selari dengan kempen Jom Kurus Sekolah untuk penggunaan sekolah.
- Surat Sokongan KPM yang boleh dimuat-turun di sini.
Semoga usaha kita dapat manfaat berpanjangan untuk generasi anak-anak muda yang lebih sihat dan lebih cergas.
Kevin Zahri
I wish to know more about programme jom kurus sekolah