Kanak-kanak dan remaja yang ingin mengekalkan kesihatan optimum, perlu melakukan 3 jenis aktiviti fizikal setiap minggu:
-Senaman aerobik
-Senaman untuk mengukuhkan tulang
-Senaman untuk menguatkan otot
Jumlah aktiviti fizikal yang perlu seseorang kanak-kanak dan remaja lakukan setiap minggu pula ditentukan oleh tahap umur mereka.
Bagi mengekalkan tahap kesihatan asas kanak-kanak dan remaja, mereka perlu melakukan aktiviti seperti berikut :
- Sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal setiap hari – ia seharusnya bervariasi seperti aktiviti bersederhana iaitu berbasikal dan bermain bersama rakan hingga aktiviti bertenaga seperti berlari serta bermain badminton.
- Lakukan aktiviti yang melibatkan latihan untuk otot dan tulang yang kuat, 3 kali seminggu seperti berayun pada peralatan permainan, melompat dan skipping.
Mereka harus menggunakan masa yang ada dengan perkara yang berkualiti daripada hanya duduk tanpa melakukan apa-apa untuk tempoh yang lama, termasuk menonton TV, bermain permainan komputer atau telefon bimbit.
Aktiviti fizikal yang dijalankan secara konsisten sering kali dikaitkan dengan kesihatan umum yang lebih baik, tulang dan otot yang lebih kuat, serta tinggi tahap keyakinan diri.
Galakan daripada ibu bapa dan masyarakat sekelililing adalah sangat penting dalam membantu mereka sentiasa bergerak aktif melakukan apa sahaja jenis aktiviti fizikal.