0

Teman Imaginasi? Adakah Benar…

Mengikut kajian yang dijalankan, kanak-kanak telah menghabiskan waktu dengan menonton televisyen purata selama empat jam setiap hari. Keadaan ini perlu dipantau kerana televisyen boleh memberi pengaruh yang kuat dalam pembentukan sistem nilai diri dan tingkah laku bagi perkembangan minda mereka.

Bagaimanapun kebanyakan pengaturcaraan televisyen hari ini lebih bersifat ganas. Beberapa kajian telah dijalankan mengenai kesan keganasan televisyen terhadap kanak-kanak dan remaja mendapati bahawa mereka boleh:

  • Menjadi “kebal” atau mati rasa kepada kekejaman keganasan dan mula menerimanya sebagai cara untuk menyelesaikan masalah antaranya seperti perbuatan buli dalam kalangan rakan sebaya.
  • Tontonan televisyen tanpa sekatan pada rancangan tertentu akan menyebabkan mereka lebih ganas dan agresif. Kanak-kanak yang menonton akan merasakan keganasan sangat realistik, dibolehkan dan tidak akan dihukum, lantas mula meniru apa yang ditonton.
  • Kanak-kanak yang bermasalah dengan kawalan emosi, tingkah laku, rasa ingin tahu atau dorongan rakan-rakan mungkin lebih mudah dipengaruhi oleh keganasan TV. Kesannya mungkin boleh dilihat serta-merta dalam tingkah laku harian atau timbul beberapa tahun kemudian. Mereka ini mudah terjejas walaupun keadaan persekitaran di rumah tidak menunjukkan kecenderungan terhadap keganasan.

Ibu bapa bagaimanapun, boleh membantu dan melindungi anak-anak mereka menerusi:

  1. Perhatikan program yang ditonton.
  2. Menonton seketika dengan mereka
    untuk memastikan siaran tersebut bermanfaat.
  3. Hadkan waktu penggunaan televisyen.
  4. Pertimbangkan untuk mengeluarkan set TV dari sudut bilik kanak-kanak .
  5. Jelaskan pada mereka bahawa pelakon tidak benar-benar terluka atau terbunuh, ini hanyalah sekadar lakonan dan keganasan seperti ini dalam kehidupan sebenar mengakibatkan kesakitan dan mendatangkan keburukan.
  6. Jangan membiarkan anak-anak terus menonton atau terdedah pada rancangan yang diketahui ganas beserta penjelasan tentang apa yang salah dengan siaran tersebut.
  7. Jumlah masa yang digunakan oleh kanak-kanak untuk menonton TV harus dikawal dan perbanyakkan aktiviti yang bermanfaat seperti membaca, bermain dengan rakan-rakan dan mengembangkan hobi.

Sekiranya ibu bapa mengalami masalah yang serius dalam menetapkan had, atau mempunyai kebimbangan yang berterusan tentang kelakuan anak-anak, mereka harus menghubungi pakar untuk mengenal pasti dan mendapatkan nasihat serta bantuan.

Rujukan :

  1. https://www.ncjrs.gov/App/publications/abstract.aspx?ID=72410
  2. Dominick, J. R. (1984). Videogames, television violence, and aggression in teenagers. Journal of Communication, 34(2), 136-147.
    https://dx.doi.org/10.1111/j.1460-2466.1984.tb02165.x
  3. Huesmann, L. R., Moise-Titus, J., Podolski, C.-L., & Eron, L. D. (2003). Longitudinal relations between children’s exposure to TV violence and their aggressive and violent behavior in young adulthood: 1977-1992. Developmental Psychology, 39(2), 201-221.
    https://dx.doi.org/10.1037/0012-1649.39.2.201
  4. Eron, L. D. (1982). Parent–child interaction, television violence, and aggression of children. American Psychologist, 37(2), 197-211.
    https://dx.doi.org/10.1037/0003-066X.37.2.197
Kevin Zahri

Kevin Zahri

Salam & Hello, My name is Kevin Zahri or affectionately known as Cikgu Fitness Malaysia. I am a passionate father of two amazing kids and am fighting for a healthier and fitter Malaysia.

Leave a Reply