Salam dan Hi Semua,
Pertama sekali, Selamat Hari Raya AidilAdha diucapkan kepada Para Guru dan Sukarelawan bagi kempen JOM KURUS SEKOLAH.
Di sini, izinkan saya untuk memberi anda perkembangan terkini tentang beberapa perkara penting mengenai kempen jangka masa panjang JKS.
1) Lebih 6,000 sekolah telah mendaftarkan diri untuk menjadi sebahagian usaha bersama untuk membanteras obesiti di kalangan sekolah.
2) Usaha ini telah mendapat perhatian POSITIVE dari JPN setiap negeri dan akan diadakan perbincangan bersama dengan pengarah2 JPN di KL untuk menyelaraskan pelan jangka masa panjang JKS bersama saya. Ini sangat penting untuk keberkesanan tour dll. Akan tetapi ia juga memberi impak kepada tour Aug/Sept ini (rujuk 10)
3) Selangor JKS Tour + Media Launch bersama VVIP dijadualkan pada 21 Sept 2019 di Stadium Melawati. Antara VVIP yang dijangka hadir temasuk menteri-menteri, wakil diraja, selebriti dan juga akan berlangsungnya pertandingan dodgeball yang anda boleh turut serta nanti. Super awesome! Hubungi volunteer Sha 012 350 4844 untuk lebih info.
4) Percubaan Cabaran 6 Minggu JK di sekolah masing-masing telah bermula seluruh negara. Syabas diucapkan kepada sekolah yang menyahut cabaran tersebut di peringkat permulaan. Namun, kepada yang belum memulakan atau ingin mencuba, anda boleh layari cabaranjomkurus.com/sekolah. Panduan, modul etc yang mana, ia tentu akan dibina over time. Terutamanya untuk Cabaran JKS siri #2 pada 2020 yang akan melibatkan penyelarasan bersama JPN dan sessi TOT bersama saya (at least that is our plan)
5) Book Purchase Support Campaign for JKS: Pre-Order Buku “Kurus” mendapat sambutan yang baik dan penghantaran kepada pembeli akan dibuat pada bulan Okt nanti. Diari/Planner & Calendar untuk 2020 juga berada di peringkat design. Utk pertanyaan (pembelian, bulk-purchase, drop-shipping) buku “Kurus” sila rujuk kepada Intan 012 518 8901
6) Merchandize Support for JKS akan dilancarkan dalam 1-2 hari ini di mana setiap pembelian akan disumbangkan ke kempen JKS kita. Ia dipimpin oleh volunteer Wawa 018 228 9116.
7) Untuk kempen sukan sekolah, inisiatif JomAktif JKS sedang jalankan beberapa trial liga sukan di KL termasuk sukan football, tennis, badminton, table tennis dan dodgeball. Berdasarkan perjumpaan dengan JPN, hasrat bersama adalah untuk menyelaraskan pertandingan sukan liga ini untuk sekolah2 bermula 2020. Untuk lebih info, anda boleh hubungi saya melalui email atau 019 282 7820.
Tapi disamping berita-berita yang positive, sudah tentu akan ada beberapa halangan dan challenges yang perlu dikongsi bersama:
8) Usaha kita untuk engage, empower dan gerakkan 1000+ sukarelawan, termasuk core-leaders dan state leaders masih kurang berkesan. This is totally normal untuk setup baru berkembang dengan begitu cepat sekali. Workplace Facebook sendiri ada pros and cons yang kami sedang teliti. Chief Volunteer Fana sedang meneliti peranan core dan state volunteers untuk bincang bersama way forward yang lebih effective. Secara jujurnya, ia akan mengambil masa untuk membina dan mengenalpasti struktur sukarelawan JKS yang effective dan organik. Kalau anda ingin volunteer as core atau peranan tertentu, sila hubungi Fana 013 569 8035.
9) Internal fun/intellectual engagement events (teh tarik sessions, brainstormings, fun events etc) antara volunteer2, saya dan mungkin public perlu diadakan dengan lebih consistent. We need an events engagement volunteer yang berminat untuk merancanag monthly engagement events. Kalau berminat, sila hubungi Fana 013 569 8035.
10) PENTING: Tour JKS: Aug-Sept 2019
Hasil dari permintaan pengarah2 JPN yang ingin mengadakan sessi penyelarasan bersama saya di KL (rujuk #2), JPN meminta kami “HOLD” tour JKS yang dijadualkan pada Aug-Sept sehingga perjumpaan khas bersama saya selesai untuk kempen ini dapat bergerak dengan lancar bersama JPN setiap negeri. Ini bukan bermakna 100% tour dibatalkan atau ditunda tapi kami perlu “go-through” mesyuarat khas bersama JPN terlebih dahulu sebelum buat pengumuman lebih lanjut.
Best Case Scenario: Tour kickoff dan diteruskan pada 3 Sept di Kelantan (seperti yang dijadualkan) dan venue-venue dari bulan Ogos dipindah ke hujung September.
Scenario II: Sekiranya JPN minta adakan tour ini di 2020. Saya akan cuba untuk tour dan lawat terus sebanyak sekolah2 individu yang boleh dengan kapasiti sendiri sebelum tour “besar-besaran” di 2020.
Note – Tour 21/9 Di Selangor + Media masih dijadualkan seperti biasa.
Sudah tentu perkembangan ini ada pros dan cons. Ribuan maaf kepada para sukarelawan dewan, cikgu, sukarelawan di atas kesulitan ini. I was really looking forward untuk berjumpa dan bermesra dengan anda semua.
Insyallah perkembangan ini akan bantu usaha JKS bersama di masa hadapan yang tidak bergantung kepada tour semata-mata.
Dengan ikhas,
Kevin Zahri
www.jomkurussekolah.com
I would like to join and also involved my community to get participate and invite our team
Thank you Nawi. Pls contact Fana (refer to contact details above).