0

Salam and good morning semua,

Berikut adalah beberapa perkembangan penting untuk kempen Jom Kurus Sekolah buat anda:

  • Jom Kurus Certification TOT (train of trainer): Diskusi dan perancangan bersama JPN negeri Wilayah Persekutuan dan Selangor sedang berlangsung untuk cuba jayakan sessi TOT bersama sepanjang bulan Oktober, November dan Disember 2019 dan akan dipanjangkan melalui JPN negeri masing-masing sepanjang 2020.
  • Sessi TOT melibatkan sessi kurus (bersijil) selama 2-3 hari bersama saya bagi wakil sekolah terpilih. Ia akan diuruskan dan diumumkan nanti. Very exciting 🙂
  • Penjualan pre-order merchandise, termasuk baju rasmi volunteer telah bermula di jomkurussekolah.com. Penghantaran akan bermula bulan Oktober nanti. Hubungi Wawa 012 211 9465‬ untuk sebarang pertanyaan, dropshipping etc.
  • Kajian kes untuk kempen sukan JomAktif kini sedang berjalan dengan liga sukan Ping Pong dan Tennis di lembah Klang. Kempen ini melibatkan komuniti sekolah termasuk pelajar, ibu bapa dan penggiat sukan secara am.
  • Harapan JomAktif adalah untuk mewujudkan rangkaian liga sukan sekolah-sekolah dan komuniti sepanjang tahun di seluruh Malaysia.
  • Sessi pelancaran JK Sekolah di Selangor pada 21 Sept 2019 ditunda. Tarikh baru yang diberi adalah 2nd half of October 2019 tapi kami masih mengunggu arahan dari pihak terlibat (ramai yang terlibat dan keputusan tidak sepenuhnya dalam tangan kami). Maaf diatas kesulitan yang dialami.
  • Permanent staff & Fundraising. Dalam bulan-bulan ini kami sedang berusaha keras untuk pelbagai kempen fundraising JK Sekolah. Ia akan membolehkan kami untuk mewujudkan strukur perbadanan yang lebih kukuh dengan 100% dedikasi. Oh ya, permohonan kami untuk menubuhkan NGO sedang dalam proses. Yeay.
  • Lawatan sekolah Sept 2019: Ingin jemput saya untuk lawati sekolah anda pada bulan September ini? Hubungi Fana di 013 569 8035 dengan segera 🙂
    Unfortunately: Disebabkan perancangan yang begitu padat bersama JPN untuk TOT, acara pelancaran dan kempen jangka masa berpanjangan, saya tidak dapat buat lawatan ke seluruh Malaysia untuk bulan September ini dan hanya dapat fokus kepada sekolah-sekolah di sekitar Lembah Klang.
  • Tapi jangan risau, kempen JK Sekolah fasa pertama 5 tahun dan pasti banyak masa untuk saya lawati keseluruhan PPD seluruh Malaysia.

Extra special shoutout to Sha, Idora, Fana, Wawa, Intan dan all the core team members, semua cikgu, wakil sekolah dan sukarelawan yang sangat awesome state volunteers for your patience, persistence and passion! Apa yang kita ingin jayakan bukan mudah tapi GREAT THINGS ARE NOT MEANT TO BE EASY. Chaiyok!

So sekali ribuan terima kasih di atas sokongan anda untuk sama-sama menjayakan kempen kami demi generasi anak mudah yang lebih sihat dan cergas.

Salam “Its Not About Kurus”

Kevin Zahri

Kevin Zahri

Kevin Zahri

Salam & Hello, My name is Kevin Zahri or affectionately known as Cikgu Fitness Malaysia. I am a passionate father of two amazing kids and am fighting for a healthier and fitter Malaysia.

Leave a Reply