Lawatan saya ke Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya disambut dengan begitu meriah bersama pelajar darjah 4-6.
Dalam setiap lawatan sekolah, niat saya sentiasa untuk menghiburkan pelajar dengan pelbagai permainan fitness. Games adalah antara kaedah yang terbaik untuk menanamkan minat pelajar untuk menyertai aktiviti bersama. Dan pada masa yang sama ia menerapkan elemen kecergasan seluruh badan.
Untuk kurangkan obesiti, pelajar peru seimbangkan stress akademik dengan akitivit fizikal seperti sukan, Pendidikan Jasmani dan gaya hidup aktif secara am. Bukan untuk sebulan setahun tapi sepanjang tahun.
Kanak-kanak memang aktif secara semula jadi sehingga lah kebolehan mereka untuk kekal aktif sering disekat.
Kevin Zahri